JIBRIL
& 12,000 MALAIKAT MENEMUI RASULULLAH DI BUKIT QUBAIS
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat
penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas
dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah
tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang
ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan
kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka
tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu,
dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain
daripadaNya. (Ar-R'ad 13:11)
Pada zaman
jahiliah di antara beberapa orang raja ada seorang raja yang bernama raja Habib
lbnu Malik di kota Syam. Orang-orang arab menggelarnya “Raihanah Quraisyin.”
Ketika Raja
Habib bersama angkatan tenteranya seramai 12,000 orang singgah di Abthah, iaitu
suatu tempat dekat kota Makkah maka datanglah Abu Jahal beserta pengikut
pengikutnya memberikan berbagai-bagai hadiah kepada raja Habib.
Setelah itu Abu
Jahal dipersilakan duduk di sebelah kanan raja Habib. Berkata raja Habib:
“Wahai Abu Jahal katakan kepadaku tentang Muhammad.”
Berkata Abu
Jahal: “Tuan, silalah tuan tanya tentang Muhammad itu dari Bani Hasyim.”
Raja Habib pun
bertanya kepada Bani Hasyim: “Wahai Bani Hasyim, katakan pada beta tentang
Muhammad itu.”
Berkata Bani
Hasyim: “Sebenarnya kami telah mengenal Muhammad itu sejak dia kecil lagi,
orangnya sungguh amanah dan setiap katanya benar; dia tidak akan berkata selain
dari yang benar. Apabila umur Muhammad meningkat pada 40 tahun dia telah mula
mencela Tuhan kita dan dia membawa agama baru yang bukan datangnya dari nenek
moyang kita.”
Sebaik sahaja
raja Habib mendengar penjelasan dan Bani Hasyim maka dia pun berkata: “Bawa
Muhammad mengadap dengan cara baik, kalau Muhammad degil maka gunakan
kekerasan.
Setelah itu
mereka pun mengutus salah seorang untuk menjemput Muhammad SAW. Setelah
Rasulullah SAW menerima pesanan raja, baginda pun bersiap-siap untuk pergi,
sementara itu Abu Bakar ra dan Siti Khadijah menangis kerana takut baginda
dizalimi oleh raja tersebut.
Rasulullah SAW
berkata: “Janganlah kamu berdua menangis, serahkanlah urusanku ini kepada Allah
SWT.”
Kemudian Ahu
Bakar ra pun mengaturkan pakaian untuk RasuIulIah SAW yang terdiri dari baju
berwarna merah dan serban berwarna hitam.
Setelah
Rasulullah SAW mengenakan pakaian tersebut maka baginda bersama Abu Bakar ra
dan Khadijah ra pun pergi menghadap raja Habib. Setelah sampai di hadapan raja,
Abu Bakar ra berdiri di sebelah kanan Rasulullah SAW sementara Siti Khadijah
berdiri di belakang Rasulullah SAW.
Apabila raja
Habib melihat baginda Rasulullah SAW berdiri dihadapannya maka raja Habib pun
bangun memberi hormat mempersilakan Rasulullah SAW duduk di sebuah kerusi yang
diperbuat dari emas. Sementara itu Siti Khadijah yang merasa cemas berdoa
kepada Allah SWT: “Ya Allah, tolonglah Muhammad dan mudahkanlah dia menjawab
sebarang pertanyaan.”
Sewaktu baginda
duduk di hadapan raja Habib maka keluarlah cahaya memancar dari wajah baginda
dan baginda duduk dengan tenang tanpa rasa takut.
Raja Habib
memulakan pertanyaan: ‘Wahai Muhammad, kamu pun tahu bahawa setiap Nabi itu ada
mukjizatnya, jadi apakah mukjizat kamu itu?”
Bersabda
Rasulullah SAW: “Katakan apakah yang kamu kehendaki?”
Berkata raja
Habib: Aku mahu matahari itu terbenam dan bulan pula hendaklah turun ke bumi
dan kemudiannya bulan hendaklah terbelah menjadi dua, kemudian masuk di bawah
baju kamu dan separuh keluar melalui lengan baju kamu yang kanan dan sebelah
lagi hendaklah keluar melalui lengan baju kamu yang kiri. Setelah itu bulan itu
hendaklah berkumpul menjadi satu di atas kepala kamu dan bersaksi atasmu,
kemudian bulan itu hendaklah kembali ke langit dan mengeluarkan cahaya yang
hersinar dan hendaklah bulan itu tenggelam. Sesudah itu hendaklah matahari yang
tenggelam muncul semula dan berjalan ke tempatnya seperti mulanya.”
Setelah
mendengar begitu banyak yang raja Habib kehendaki, maka baginda Rasulullah SAW
pun bersabda:
Apakah kamu
akan beriman kepadaku setelah aku melakukan segala apa yang kamu kehendaki?”
Berkata raja
Habib: “Ya, aku akan beriman kepadamu setelah kamu dapat menyatakan segala isi
hatiku.”
Abu Jahal yang
sedang menyaksikan percakapan itu segera melompat ke hadapan sambil berkata:
“Wahai tuanku, tuanku telah mengatakan yang cukup baik dan tepat.”
Rasulullah SAW
pun keluar lalu pergi mendaki gunung Abi Qubais, kemudian baginda mengerjakan
solat dua rakaat lalu berdoa kepada Allah SWT. Setelah berdoa maka turunlah
malaikat Jibril as bersama dengan 12,000 malaikat dengan memegang panah di
tangan mereka.
Malaikat Jibril
as berkata: “Assalamu alaika yaa Rasulullah, sesungguhnya Allah telah bersalam
kepadamu dan berfirman:
“Wahai
kekasihku, janganlah kamu takut dan bersusah hati. Aku akan sentiasa bersamamu
di mana sahaja engkau berada dan telah tetap dalam pengetahuanKu dan berjalan
di dalam qada kepastianKu di zaman azali apa-apa yang diminta oleh raja Habib
bin Malik pada hari ini; pergilah kamu kepada mereka dan berikan hujjahmu
dengan tepat dan jelaskan keadaanmu dan keutusanmu. Ketahuilah sesungguhnya
Allah SWT telah menundukkan matahari, bulan, malam dan siang. Sesungguhnya raja
Habib itu mempunyai seorang puteri yang tidak mempunyai kedua tangan, kedua
kaki dan tidak mempunyai kedua mata. Dan katakan kepadanya bahawa Allah SWT
telah mengembalikan kedua tangannya, kedua kakinya dan kedua matanya.”
Setelah itu
Rasulullah SAW pun turun dari gunung Abi Qubais dengan rasa tenang dan rasa
gembira. Malaikat Jibril as di angkasa dan para malaikat berbaris lurus dan
Rasulullah SAW berdiri di maqam Ibrahim. Dan adalah saat itu matahari terbenam.
Matahari mulai
seakan-akan berlari cepat, ertinya matahari cepat-cepat terbenam dan menjadi
gelap gelita. Kemudian bulan terbit dengan terangnya, setelah bulan naik meninggi
baginda Rasulullah SAW memberikan isyarat dengan dua jari-jarinya kepada bulan
itu, dan bulan seakan-akan berlari turun ke bumi dan berdiri di hadapan baginda
Rasulullah SAW. Kemudian bulan itu bergerak-gerak seperti awan lalu bulan itu
terbelah menjadi 2 dan bulan itu masuk di bawah baju Rasulullah SAW separuhnya
keluar melalui lengan sebelah kanan baju baginda sementara yang sebelah lagi
keluar melalui lengan sebelah kiri baju baginda. Kemudian bulan kembali
bercantum mengeluarkan cahaya dengan terang lalu berdiri di atas kepala
Rasulullah SAW dengan berkata: “Saya bersaksi bahawa sesungguhnya tidak ada
Tuhan melainkan Allah dan saya bersaksi bahawa Muhammad itu hamba Allah dan
RasulNya sesungguhnya berbahagialah orang-orang yang membenarkan engkau Muhammad
dan rugilah orang-orang yang menyalahi engkau.”
Setelah bulan
berkata demikian maka bulan pun kembali ke langit menjadi terang dan
menghilangkan dirinya. Sebaik sahaja bulan menghilangkan dirinya maka matahari
pun timbul kembali. Oleh kerana raja Habib telah mengatakan bahawa Rasulullah
SAW mesti memberitahu rasa hatinya maka diapun berkata: ‘Wahai Muhammad, kamu
masih ada satu syarat lagi.”
Belum sempat
Habib hendak berkata maka baginda Rasululah SAW bersabda: “Sesungguhnya kamu
mempunyai seorang puteri yang tidak mempunyai dua tangan, tidak mempunyai dua
kaki dan dia juga tidak mempunyai dua mata dan sesungguhnya ketahuilah olehmu
Allah SWT telah mengembalikan kedua tangan, kedua kaki dan kedua matanya.”
Sebaik sahaja
raja Habib mendengar dan meihat segala galanya maka dia pun berkata: “Wahai
ahli Makkah, tidak ada kufur sesudah iman dan tidak ada keraguan sesudah yakin,
oleh itu ketahuilah oleh kamu sekelian bahawa sesungguhnya aku bersaksi, Tidak
ada Tuhan melainkan Allah yang satu dan tidak ada sekutu bagiNya, dan saya
bersaksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu hambaNya dan utusan-Nya.”
Raja Habib dan
semua bala tenteranya masuk Islam. Kemarahan Abu Jahal meluap-luap dan dia
berkata: “Wahai tuan raja, apakah tuan percaya kepada ahli syihir ini sehingga
syihir itu telah mempersonakan tuan.”
Raja Habib
tidak menghiraukan kata-kata Abu Jahal, sebaliknya raja Habib kembali ke
negerinya Syam. Apabila raja Habib masuk ke dalam istananya dia disambut oleh
anak perempuanya dengan mengucap: “Asyhadu alla ilaaha illallah wa asyhadu anna
Muhammadan ‘abduhu wa Rasuuluhu” (Saya bersaksi bahawa sesungguhnya tidak ada
Tuhan melainkan AlIah dan saya bersaksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruhNya
dan utusanNya).
Raja Habib tercengang
dengan kalimah yang diucapkan oleh anaknya maka dia pun berkata: “Wahai anakku,
siapakah yang mengajarkan kepada kamu kalimah ini?”
Berkata anak
raja Habib: “Sebenarnya sewaktu saya tidur, telah datang seorang lelaki lalu
berkata kepada saya: “Sesunguhnya ayah kamu telah masuk Islam, kalau kamu mahu
masuk Islam maka aku kembalikan segala anggota kamu dengan baik.” Setelah itu
saya pun tidur dan pagi ini diri saya tidak ada yang
kurang seperti
yang ayah lihat sekarang”
Kemudian raja
Habib bersyukur sujud kepada Allah SWT agar nikmat iman dan bertambahlah
keyakinan. Setelah itu raja Habib mengumpulkan emas, perak dan kain lalu
dinaikkan atas lima ekor unta berserta dengan beberapa orang hamba
dikirimkan
kepada Rasulullah SAW.
Ketika
rombongan yang membawa segala hadiah dari raja Habib itu sampai dekat kota
Makkah, tiba-tiba muncul Abu Jahal bersama kuncu-kuncunya lalu berkata: “Kamu
semua milik siapa?”
Berkata
rombongan itu: “Kami semua ini milik raja Habib bin Ibnu Malik dan kami hendak
pergi pada Rasullulah SAW.”
Sebaik sahaja
Abu Jahal mendengar jawapan dari rombongan itu maka dia cuba merampas semua
barang-barang yang bawa oleh rombongan itu, oleh kerana rombongan itu enggan
menyerahkan barang-barang tersebut maka berlakulah pergaduhan antara kedua belah
pihak. Apabila berlaku peperangan diantara kedua belah pihak maka berkumpullah
penduduk kota Makkah dan datang bersama mereka Rasulullah SAW.
Melihat akan
kedatangan orang ramai maka berkata rombongan diraja itu: “Kesemua barang yang
kami bawa ini adalah milik raja Habib, dan raja Habib berhajat untuk
rnenghadiahkan kesemua barang ini kepada Rasulullah SAW.”
Abu Jahal
berkata: “Raja Habib menghadiahkan kesemua harang ini kepada saya.”
Lalu Rasulullah
SAW bersabda: “Wahai penduduk Makkah, adakah kamu semua suka kalau aku
mencadangkan sesuatu?”
Berkata
penduduk Makkah: “Ya, kami setuju.”
Bersabda
Rasulullah SAW: “Kita hendaklah memutuskan percakapan unta ini, untuk siapakah
sebenarnya harta ini.
Berkata Abu
Jahal: “Kita tentukan perkara ini esok pagi.”
Setelah
mendapat persetujuan dari Rasulullah SAW untuk ditunda pada esok hari maka Abu
Jahal pun balik dan terus pergi kepada berhala-berhala yang disembahnya, dia
pun memberi beberapa korban kepada berhala-berhala mereka dan memohon pertolongan
pada berhala mereka sehingga pagi.
Apabila waktu
yang dijanji telah tiba maka ramailah penduduk kota Makkah datang untuk melihat
keputusan pengadilan. Rasulullah SAW datang bersama bapa saudara baginda danAbu
Jahal bersama kuncu-kuncunya. Sebaik sahaja Abu Jahal sampai maka dia pun terus
mengelilingi unta itu dengan berkata: “Berkatalah unta-unta semua atas nama
Lata, Uzza dan Manata.” Setelah Abu Jahal berkata demikian sekian lama sehingga
matahari telah tinggi, namum unta-unta itu tidak berkata apa-apa.
Maka berkata
penduduk kota Makkah: ‘Wahai Abu Jahal, cukuplah apa yang kamu buat itu,
sekarang giliran Muhamad pula untuk melakukannya.”
Rasulullah SAW
pun menghampiri unta-unta tersebut dengan berkata: ‘Wahai unta makhluk Allah,
demi ciptaan Allah berkatalah kamu dengan kekuasaan Allah.”
Setelah
Rasulullah SAW berkata demikian maka bangunlah salah satu dari lima ekor unta
lalu berkata: “Wahai ahli kota Makkah, kami semua ini adalah hadiah raja Habib
bin Ibnu Malik untuk dipersembahkan kepada Rasulullah SAW.”
Sebaik sahaja
unta itu berkata demikian maka RasulullahSAW pun menarik unta-unta tersebut
berserta dengan barang-barang yang dibawanya ke gunung Qubais, kemudian
Rasulullah SAW mengeluarkan semua emas dan perak yang
ada di atas
unta lalu dikumpulkan sehingga menjadi bukit lalu berkata: “Wahai emas dan
perak, hendaklah kamu semua menjadi pasir.”
Kemudian dengan
sekejap sahaja kesemua emas dan perak itu menjadi bukit sehingga sekarang.
0 komentar:
Posting Komentar